Thursday 10 February 2011

Skuad Harimau Malaya . Auuuuuuuummmmmmmmm!

Hi readers .  Aummmmmmmmm ! Aummmmmmmm ! Aummmmmmmmmm ! . garang kan ? hah ta ? tape2 . tu acah2 mak enon je tu . tggu la nnt LEZAohLEZA mengaum btul2 . bergegar dunia blog ni kang . ahaha . Yeah , cite sebenar arini , LEZAohLEZA sebagai warganegara Malaysia berbangga dengan kebolehan Skuad Harimau Malaya kite yg semakin berani mengaum skrg . da abes indonesia ditewaskan , skrg dieorg da tnjukkan kebolehan dieorg dengan menewaskan Hong Kong 2-0 sempena perlawanan persahabatan kat Stadium Shah Alam. Syabas Skuad Harimau Malaya ! we are proud of you!!!

Berita Penuh Dari Metro :



TAK LEPAS...Safee diasak pemain Hong Kong, Li Hang Wui di Stadium Shah Alam. 

SKUAD negara terus bernafsu untuk mencipta kejayaan dengan menjadikan Hong Kong mangsa terbaru apabila skuad Harimau Malaya mencatat kemenangan 2-0 dalam aksi perlawanan persahabatan antarabangsa di Stadium Shah Alam malam tadi.
Kemenangan pertama Malaysia selepas menjulang Piala Suzuki AFF Disember lalu itu diraih menerusi jaringan pada setiap babak oleh Safiq Rahim dan Mohd Amirulhadi Zainal.

Berikutan kecederaan pemain menyaksikan pengendali kebangsaan K Rajagobal membuat sedikit rombakan dalam skuad juara Piala Suzuki AFF itu dengan menurunkan dua pemain yang baru pulih daripada kecederaan, Mohd Aidil Zafuan Razak dan Ahmad Fakri Saarani.
Ketiadaan Amar Rohidan yang mengalami demam campak memberi laluan kepada pemain muda, K Gurusamy bertindak di bahagian tengah bersama Safiq Rahim yang kekal sebagai kapten.

Disaksikan hanya 5,000 penyokong setia Harimau Malaya di Stadium Shah Alam, aksi kedua-dua pasukan bermula agak perlahan dengan masing-masing seakan buntu mencipta peluang.

Bagaimanapun skuad negara yang lebih mendominasi permainan hampir memperoleh gol menerusi rembatan deras penyerang yang bakal berhijrah ke kelab Indonesia, Pelita Jaya FC Mohd Safee Sali namun percubaannya di minit ke-12 terkena tiang gol kanan Hong Kong walaupun penjaga gol, Yap Hung Fai sudah tertewas.

Malaysia lebih mengancam selepas itu, kali ini giliran pemain pertahanan kanan, Mahali Jasuli yang melakukan gerakan solo dan kemudian melintangkan bola di depan gawang pasukan lawat, namun Safee lambat tiba menyambar hantaran itu.

Penantian penyokong negara akhirnya terlerai di minit ke-43 apabila Safiq yang memulakan larian di sebelah tepi merampas bola daripada pemain pertahanan Deng Jinghuang sebelum melepaskan rembatan leret menerjah ke jaring.
Gol kedua negara dicipta menerusi pemain sayap Selangor, Amirulhadi yang melepasi perangkap ofsaid sebelum melepaskan rembatan menewaskan Hung Fai untuk mengesahkan kemenangan 2-0 Malaysia ke atas Hong Kong.

Kemenangan itu menjadi detik manis buat Rajagobal buat menebus kegagalan apabila tumpas 1-3 di tangan Hong Kong di Kuantan dalam pusingan kelayakan Piala Dunia 2004 ketika beliau menjawat tugas sebagai pengendali sementara.

Hah , semakin hebat kan dieorg ni .
Hong Kong 0 oke . dats means terer la PENJAGA GOL MALAYSIA kan ? 
so credit to Him jugak untuk kemenangan ni !!
Khairul Fahmi Che Mat




NoteLastMinute : ma gucci LEZAohLEZA , mr omoi and mrs mario da dpt anak . nnt LEZAohLEZA akan update baby rabbit tu oke . comel ! .






:95: lagi COMEL if tekan button LIKE :95:


0 comments:

Post a Comment